PENGENALAN
Selamat datang ke website kami!
Kami amat mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan untuk mengunjungi laman web ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Permaipura Homestay.
Berlatar belakangkan keindahan alam, kami menyediakanperkhidmatan yang pastinya menjamin kepuasan anda. Ia berkonsep ala hotel, dan amat sesuai bagi pengunjung yang mengutamakan ketenangan dan gaya hidup moden.
Malah keunikan homestay kami ialah sistem lampu tandas automatik yang akan menyala dan padam dengan sendiri apabila anda memasukinya dan setiap lampu & kipas di bilik tidur Deluxe House dilengkapi dengan alat kawalan jauh (Remote Control), side table lamp di bilik utama dinyalakan dengan hanya menyentuh sahaja, lukisan dinding akan menyala secara automatik apabila ada orang di ruang tamu dan pancaran laser menyerupai kelip-kelip akan terbentuk pada dedaun pokok sebaik sahaja anda bersantai di kerusi taman. Dan anda hanya perlu mencabut satu kunci sahaja apabila anda hendak keluar di mana sistem elektrik di homestay ini akan terpadam secara automatik kecuali peti ais dan lampu kecemasan.
Di samping itu kami menyediakan Wifi / internet berkelajuan tinggi4Mbps secara percuma kepada penginap-penginap di homestay ini. Penginap-penginap juga dapat menonton gambar yang jelas dan cantik diAstro Beyond (HD) di TV LCD.
Anda pasti teruja apabila menginap di homestay kami kerana kesemua ciri-ciri berteknologi tinggi ini adalah untuk penginap homestay kami yang mana tidak ada di homestay-homestay lain mahupun di hotel biasa. Kepuasan anda adalah matlamat kami.
Permaipura Homestay memberi kemudahan kepada tetamu yang ingin berurusan sekitar Kedah terutamanya di sekitar Sungai Petani dan Gurun seperti rombongan pertunangan, perkahwinan, seminar, kursus, pendaftaran/konvo anak-anak di universiti, rumah singgah untuk majlis perkahwinan dan sebagainya dengan kadar yang berpatutan.Tawaran ini terbuka kepada semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama (1 Malaysia).
Kami menyediakan dua buah rumah teres dua tingkat, empat bilik dan tiga tandas (Deluxe House, Standard House) yang berdekatan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Anda boleh menyewa bilik atau sebuah rumah. Bagi menjamin keselesaan anda, kami hanya menerima satu penyewa sahaja pada suatu masa. Kami hanya menutup bilik yang tidak digunakan sahaja dan anda dapat menggunakan segala kemudahan yang diberikan.
Disamping itu kami juga menawarkan homestay tambahan yang mempunyai tiga bilik dan tiga tandas (Bungalow dan Semi-D).
Sebagai penghargaan kepada anda yang menginap di homestay ini, kami akan memberi cenderahati ketika anda check out dan diskaun 5% bagi bekas penginap homestay ini.
"KEGEMBIRAAN & KEPUASAN ANDA ADALAH MATLAMAT KAMI"
Ruang Tamu
ISTIMEWA & KEUNIKAN
* Lampu lukisan hiasan dinding menyala secara automatik jika ada tetamu.
* Menonton Astro Beyond(HD) /DVD atau bermain Sony Play Station 1 dengan TV LCD.
* Free WiFi dengan kelajuan maksima 4Mbps
Bilik Tidur
ISTIMEWA & KEUNIKAN
* Lampu side table akan menyala dengan hanya menyentuhnya.
* Kesemua lampu di dalam bilik ini di kawal oleh Remote Control.
* Kipas angin dan air cond di kawal oleh Remote Control.
* Lampu tandas akan menyala secara automatik apabila ada orang memasukinya dan padam apabila keluar.
Sudut Taman
ISTIMEWA & KEUNIKAN
* Pancaran laser yang menyerupai kelip-kelip akan berterbangan di dedaun pokok berserta lampu neon yang akan menyala secara automatik jika anda bersantai di meja ini pada waktu malam.
* Dihiasi dengan lampu taman berwarna-warni bertenaga solar yang juga akan menyala pada waktu malam
* Bersantai bersama bunyian pancuran air dan anak-anak ikan.
* Melayari internet (Wifi) dengan kelajuan maksima 4Mbps secara percuma.
* Batu Refleksiologi pula boleh membantu anda melancarkan perjalanan darah .
* Khemah dan set BBQ disediakan untuk bersantai bersama keluarga.
Teknologi Hijau
Homestay ini menyokong pelaksanaan Teknologi Hijau dengan;
- Menanam pokok-pokok bunga & hiasan di taman
- Menanam pokok-pokok yang digemari burung membuat sarang
- Menggunakan 95% lampu jimat tenaga
- Menggunakan lampu solar di taman
- Memperbanyakan penggunaan lampu LED
- Menggunakan alat kawalan jauh bagi kawalan lampu dan kipas
- Menggunakan penderia gerakan (motion sensor) untuk mengawal penggunaan lampu.
- Menggunakan penderia cahaya (light sensor) mengawal pengunaan lampu siang/malam
- Menggunakan penderia sentuh (touch sensor) bagi mengawal lampu meja (side table)
- Menggunakan Satu Kunci bagi kawalan keseluruhan sistem elektrik
- Menyalurkan air penghawa dingin ke tangki tandas
- Menyalurkan air penghawa dingin ke pancuran air
- Merancang penggunaan air hujan untuk siraman taman dan sistem tandas
- Merancang penggunaan turbine ventilator untuk mengurangkan haba di bilik
- Merancang penggunaan solar heater menggantikan electric heater
- Merancang pembudayaan 3R kepada penginap homestay
- Merancang menyediakan kereta sewa injin hybrid kepada penginap
Layari halaman Teknologi Hijau
No comments:
Post a Comment